Tuesday, October 7, 2008

Hantu Bungkus aka Pocong




Kalian sedia maklumkan dengan hantu bungkus atau dikenali dengan pocong? Kalian mesti tidak percaya yang aku pernah bertembung dengan hantu ni ketika aku berusia dua tahun kan? Ini berlaku tidak lama selepas aku 'dibawa' keluar rumah dan 'bermain' di perdu pokok pisang.

Pada suatu malam, mama baru pulang dari kerja di RTM. Waktu itu mama bertugas sebagai juruacara atau tv announcer syif malam. Pada tahun 1977, RTM hanya bersiaran hingga jam 12 malam sahaja. kata mama waktu tu jam 1 pagi dan dia baru sahaja membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Papa bekerja sebagai Pembantu Pengurus di Hotel Jayapuri, sekarang PJ Hilton. Dan dia kerja syif malam jadi di rumah ketika itu mama, aku, Nelisa dan pembantu rumah.

Mama hairan kerana terdengar aku berkekek kat bawah. Padahal masa dia pulang tadi aku sedang tidur di sebelah pembantu rumah di dalam biliknya di bawah. Mama ingat selepas mandi nak bawa aku ke atas. Dia pun menjenguk dari landing tangga.

Terkejut tak kepalang mama apabila mendapati ada makhluk menyerupai orang yang sudah dikafankan sedang membongkok ke arah aku di ruang tamu. Lebih menakutkan lagi, mama kata keadaan kain kafannya seakan-akan dia baru sahaja dikebumikan kerana tanah masih basah dan kainnya kelihatan masih baru.

Apalagi, mama pun membacalah apa jua ayat yang dia ingat waktu itu sambil berlari ke arah aku. Mama kata elok dia nak sampai ke aku, makhluk itu pun hilang. Selepas insiden itu, mama memagar rumah dan ada beberapa kali mama melihat kelibat entiti tersebut di sekitar rumah. Seringkali di pagar depan. Kalau mama baik lewat, Paksu dan maksu (mereka baru kahwin dan menumpang di rumah kami selepas itu) akan menunggu kepulangan mama.

Maksu aku sendiri ketika mengandungkan Ida, sepupuku, pernah terlihat kelibat pocong ni di pagar belakang rumah. Rasanya sekali itu ajelah aku pernah jumpa pocong ni. Rasanya dalam banyak-banyak makhluk halus, poconglah agak bermisteri.

Dari Wikipedia
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. anda boleh berlari zig-zag..kerana hantu bungkus hanya bergerak lurus..
posted by MaMan at 7:13 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home