Thursday, October 16, 2008

Islam is The Light



ALLAH HU AKHBAR!
posted by MaMan at 11:17 PM   0 commnets

Monday, October 13, 2008

Hantu di Lot Letak Kereta Bawah Tanah



Aku jumpa video ini dalam youtube. Kononnya video ini asli dari segi ketulenannya. Kalian nilaikanlah sendiri...
posted by MaMan at 11:28 PM   0 commnets

Tanda-tanda hantu disekitar kita

Anjing peliharaan melong-long (berteriak panjang bukan menggong-gong) tengah malam bermakna, bahwa ada keluarga kita yang telah meninggal dunia sedang mengunjungi anda

Anjing peliharaan melong-long lewat tengah malam bermakna, bahwa ada setan gentayangan yang sedang berkeliaran disekitar rumah kita

Anjing peliharaan bersuara perlahan sambil kepala menunduk dan bulu-bulunya berdiri dimalam hari bermakna, bahwa di dalam rumah kita sedang berkeliaran arwah orang tua pemilik rumah atau arwah majikan anjing tersebut.

Bayi dihinggapi kupu-kupu pada malam Jumat Kliwon bermakna, bahwa arwah kakek sang bayi sedang mengunjungi

Disarankan kepada anda bila sedang melewati pesimpangan empat pada jam 12 malam untuk berdehem “Ehem!” sebanyak 3 x. bermakna, anda meminta izin lewat kepada mahluk halus penunggu jalan tersebut.

Disarankan kepada anda mengadakan syukuran sebelum mengisi rumah baru bermakna, anda meminta izin kepada mahluk halus penunggu rumah.

Disarankan kepada anda untuk tidak membuat rumah kecil jauh terpisah di belakang rumah utama bermakna, agar rumah itu tidak di tempati roh jahat (terkecuali ditempati tetap)

Disarankan kepada anda untuk meletakkan seikat sapu lidi dan gunting dibawah bantal bayi bemakna, agar bayi tersebut terlindungi dari gangguan mahluk halus

Disarankan bagi wanita yang sedang hamil untuk meletakkan gunting dibawah bantal ketika hendak tidur bemakna, agar wanita hamil dan bayi yang ada dalam kandungannya terhidar dari pengaruh mistik dan guna-guna serta gangguan mahluk halus seperti kuntianak.

Disarankan bagi wanita yang sedang hamil untuk selalu menggantungkan pisau lipat kecil pada baju yang dikenakan bermakna, agar yang mengandung dan calon bayinya akan terhindar dari gangguan mahluk halus

Disarankan untuk anda jangan pernah menyimpan tanah dari kuburan ditempat manapun karena akan mengakibatkan tempat itu menjadi tempat arwah yang tanah kuburannya diambil

Disarankan kepada anda untuk menyimpan bawang merah, cabe merah, dan kunyit diatas pintu rumah karena akan berfungsi untuk melindungi rumah dan keluarga anda dari gangguan mahluk halus dan ilmu-ilmu hitam yang dilakukan oleh orang jahat

Disarankan menempatkan/menaruh bawang merah, cabe merah atau kacang hijau dibawah/disekitar tempat anda menyimpan uang karena mempunyai makna sebagai penangkal dari pencurian uang yang dilakukan oleh tuyul

Disarankan menempatkan/menaruh celana bekas kakek dibawah bantal bayi karena mempunyai makna untuk melindungi bayi dari gangguan mistik makhluk halus

Disarankan untuk menggunakan darah anjing yang berbulu hitam karena mempunyai kegunaan untuk menyembuhkan orang yang kesurupan mahluk halus

Larangan mencabut alis mata pada malam Jumat Kliwon karena akan meyebabkan datangnya mahluk halus yang bertubuh kecil biasa disebut tuyul

Sumber :
- Primbon

posted by MaMan at 9:51 PM   1 commnets

Makhluk Bayangan

Makhluk bayangan (dalam bahasa Inggeris Shadow people) dikatakan merupakan makhluk supernatural yang muncul sebagai bentuk-bentuk gelap di ujung penglihatan manusia dan lalu hancur menghilang, atau bisa bergerak menembus tembok jika dilihat.

Laporan mengenai manusia bayangan ini mirip dengan penampakan hantu, tapi berbeda. Perbedaannya ialah bahwa manusia bayangan ini tidak dikatakan memiliki ciri khas manusia, memakai pakaian modern atau berusaha berkomunikasi. Saksi juga melaporkan perasaan yang sama berada di dekat sesuatu yang ‘pernah merupakan manusia’. Beberapa orang telah menceritakan bahawa mereka diancam, dikejar atau bahkan diserang oleh manusia bayangan. Ada juga laporan mengenai manusia bayangan di depan beberapa saksi atau tetap ada beberapa detik sebelum menghilang. Para saksi ini mengatakan bahawa pertemuan dengan manusia bayangan biasanya bersamaan dengan rasa seperti sedang diperhatikan.

Kadang-kadang apabila kita di pejabat atau di rumah dan kita terlihat kelibat bayang-bayang, ianya boleh dikategorikan sebagai makhluk bayangan
posted by MaMan at 9:45 PM   0 commnets

Pontianak Tanjung Putri


Hantu Pontianak Di Tanjung Putri, Female Ghost in Malaysian - A funny movie is a click away
posted by MaMan at 7:20 PM   0 commnets

Tuesday, October 7, 2008

Hantu Jepun

Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.

Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.

Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.

Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).
posted by MaMan at 9:09 PM   0 commnets

Bunian

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.

Mereka dikatakan mewujud dalam masyarakat besar, menirukan struktur golongan manusia, dengan keluarga dan puak. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi mereka juga dikenali mendiami dekat golongan manusia dan juga dikatakan mengongsi sama rumah dengan keluarga manusia. Separuh kehantuan dikatakan orang bunian.

Orang bunian menguasai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian diketahui menculik kanak-kanak manusia dan dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Orang Bunian Sungai Tekali
Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.

Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.
posted by MaMan at 9:07 PM   0 commnets

Bajang

Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.

Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.

Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Hantu bajang adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya setiap bulan penuh. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, bajang akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Hantu bajang biasanya dibela oleh seseorang bagi menjaga keselamatan diri daripada serangan haiwan buas, menjaga ladang daripada serangan perosak tanaman, membuat kerja berat seperti membersihkan kawasan untuk berhuma dan bagi memusnahkan saingan.

Hantu bajang perlu diwarisi, iaitu ia perlu diberikan kepada pengganti apabila seseorang itu hampir mati, biasanya anak atau cucu kepada pemilik asal.

Bajang akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
posted by MaMan at 9:05 PM   0 commnets

Bota

Bota merupakan sebuah tempat di tepi Sungai Perak, di selatannya ialah Kampung Gajah dan Teluk Intan. Sementara di utaranya ialah Parit dan Lumut, Perak. Bota terbahagi kepada 2 kawasan utama iaitu Bota Kanan dan Bota Kiri.

Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.

Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.

Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.
posted by MaMan at 9:01 PM   0 commnets

Langsuir

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.

Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.

Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.
posted by MaMan at 8:59 PM   0 commnets

Hantu Raya

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu ini bukannya dan tiada kena mengena dengan mana-mana perayaan atau Hari Raya.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

  • Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
  • Ia boleh menjelma sebagai manusia.
  • Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
  • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
  • Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
  • Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
  • Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.
posted by MaMan at 8:54 PM   0 commnets

Hantu Air

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
posted by MaMan at 8:48 PM   0 commnets

Pelesit

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.

Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik.
posted by MaMan at 8:34 PM   0 commnets

Toyol





Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.

Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.

Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.

Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.

Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (??? ada sesiapa yang tahu, mungkin sekali ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.

Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.

Secara ilmiah, toyol hanyalah satu helah pencuri yang bergerak aktif disesuatu tempat. Sekiranya terdapat toyol sebenar, tuan toyol boleh mendapatkan wang yang lebih banyak hanya dengan membuat pertunjukkan, tanpa perlu mencuri.
posted by MaMan at 8:22 PM   0 commnets

Polong

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu polong adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu polong tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan menyebabkan polong yang berada dalam badan mangsa kesakitan.
posted by MaMan at 8:11 PM   0 commnets

Pontianak


Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Ejaan pontianak adalah lebih popular dikalangan penutur Melayu dengan 883,000 keputusan bagi untuk pontianak di Google, berbanding hanya 557 untuk puntianak. Oleh itu keputusan menukar ejaan jelas kurang popular dan tidak diterima secara meluas dikalangan penutur Melayu.

Sekitar tahun 1950-an beberapa filem hantu telah difilemkan di Singapura terutamanya oleh Cathay-Keris yang masih menarik untuk ditonton hari ini. Antara yang mashyur adalah Filem Pontianak, Filem Sumpah Pontianak (B.N Rao, 1957, 1958), Filem Anak Pontianak (Ramon A. Estella, 1958), dan Orang Minyak (L. Krishnan, 1958). Ia memberi kesan yang amat sangat sehingga dilaporkan ada penonton yang pengsan kerana menonton filem-filem tersebut. Filem-filem tersebut berasaskan dari lagenda Melayu amat menghiburkan masa kini sebagaimana ketika ia dikeluarkan, walaupun kini ia mungkin dianggap tidak lagi menakutkan dan amat melucukan berbanding keadaan sebenar ketika filem tersebut dihasilkan.

Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.

Filem-filem tersebut mendorong kepada ketaksuban rakyat masa itu kepada perkara-perkara kurafat, yang akhirnya menyebabkan filem-filem sedemikian diharamkan penghasilan dan disekat daripada saluran kerajaan. Ini bagi menyekat kepercayaan karut yang timbul kesan daripada cerita-cerita sedemikian.

Pada masa kini, dengan cahaya yang terang sepanjang masa, kebanyakan kita menganggap ketakutan yang ditunjukkan dalam filem tersebut sebagai mengarut. Tatapi apabila kita berhadapan dengan suasana yang serupa, keadaan gelap ditengah hutan dengan haiwan buas berkeliaran, ketakutan terhadap sesuatu yang tidak dapat dilihat merupakan sesuatu yang benar bagi mereka yang hidup ketika itu.

Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.

Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.
posted by MaMan at 7:54 PM   0 commnets

Jenis-jenis hantu

Jenis-jenis hantu

Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini . Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
2. Polong - entiti bahagian kepala dan isi perut sahaja. suka wanita bersalin
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel dan suka mencuri duit
4. Pelesit - boleh dipelihara
5. Hantu air - dalam air
6. Hantu raya - boleh dipelihara
7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.
8. Langsuir - perempuan
9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.
10. Bajang - makhluk aneh
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
12. Hantu Jepun
13. Hantu bukit
14. Hantu kubur
15. Pari-pari
16. Hantu punjut
17. Jerangkung
18. Hantu laut
19. Hantu galah
20. Jin Tanah
21. Hantu Keramat
22. Hantu Kum-Kum
23. Hantu Bungkus
24. Orang minyak
25. Puaka
26. Penanggalan
27. Pocong
28. Hantu bidai
29. Hantu kopek
30. Hantu Tetek
31. Harimau jadian
32. Jembalang tanah
33. Hantu tengelong
posted by MaMan at 7:51 PM   0 commnets

Hantu Dalam Masyarakat Melayu

Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.

Islam menghapuskan
Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang dan hantu, yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin, dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan selalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - Auzubillah himinash syaitanirrajim'.

Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang menebal menyebabkan masih ada yang terkeliru beza antara Islam dan kebudayaan Melayu, yang mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah-anggap satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak tampil kehadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.

Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa anak-menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.

Peranan media massa
Filem hantu Melayu seperti 'Pontianak', 'Dendam Pontianak', dan 'Pontianak Gua Musang' mendapat sambutan hangat daripada para penonton pada masa itu. Akibat kejahilan dalam agama dan ramai orang yang tidak terpelajar pada ketika itu, filem-filem itu mempengaruhi mereka. Ini mendorong kerajaan untuk menghentikan pembuatan dan penayangan filem-filem bercorak hantu yang boleh merosakkan akidah. Bagaimanapun, cerita-cerita hantu masih ditulis dalam majalah seperti majalah 'Mastika' dan 'Tok Ngah'. Setelah dipertimbangkan kembali bahawa kebanyakan orang pada masa kini lebih terpelajar dan faktor kebanjiran masuk filem-filem hantu asing, ini telah mendorong kerajaan menarik balik sekatan tersebut sekitar tahun 2000. Malah dokumentari alam ghaib seperti 'Filem Melangkah ke Alam Ghaib' dan 'Misteri Nusantara' di saluran TV3 turut membincangkan mengenai kewujudan hantu.

Mengapa hantu

Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui. Contohnya :

  • Mengapa seseorang itu sakit mengejut pada hal sebelum ini kelihatan sihat selepas pindah ?
  • Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam ?.
  • Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai .
  • Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam.
  • Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang. (Akibat haiwan buas?)

Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya janganlah keluar waktu malam atau waktu maghrib. Mungkin cerita hantu mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.

Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya pada bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati.

Kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah. Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap darah.

Menghalau hantu

Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak hospital atau klinik mendapati tidak terdapat sebarang masaalah dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit menganggap sipesakit diganggu sesuatu, dan akan berpaling kepada perkhidmatan traditional bagi cuba mengobati pesakit.

Perubatan cara menghalau hantu secara umumnya terbahagi kepada dua:-

  • Menggunakan khidmat sahabat jin bagi menghalau jin penganggu, biasanya dengan cara menurun.
  • Menurut petua yang tidak bertentangan dengan Islam, tiada bacaan tertentu cuma menggunakan bahan-bahan semulajadi.
  • Menurut keugamaan masing-masing.

Sesetengah mereka yang berfikiran moden berpendapat, ianya hanyalan kesan placebo. Selagi mereka yang diubati percaya mereka sihat, mereka akan sembuh dengan sendiri. Dalam erti kata lain, penyakit ini adalah penyakit dalam fikiran (psikologi). Walaubagaimanapun, keluarga pesakit tidak mempeduli apa yang berlaku. Bagi mereka, asalkan sipesakit sembuh, mereka akan melakukan apa jua yang diperlukan.

Bersahabat dengan jin

Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Persahabatan dengan jin ini juga dikenali sebagai saka.

Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarak seperti ada yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemian setiap waktu tertentu, dan ada yang mengenakan apa-apa syarat kecuali mereka ini mengerjakan amalan Islam dengan taat. Jin yang mengenakan syarat mereka yang bersahabat dengan mereka agar mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai jin Islam atau kaum bunian.

Cara berhubung dengan sahabat jin

  • Cara lama ialah memanggil bomoh atau pawang di dalam sesebuah kampung. Bomoh atau pawang biasanya membakar kemenyan , membaca mentera tertentu seperti bahasa Jawa , kain kuning dan dedaun-dedaun tertentu sebagi peramu atau perambas. Untuk kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak (hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai. Daging kambing dimasak dan dimakan secara beramai-ramai. Sekarang perkara ini tidak lagi dilakukan kerana perkara itu telah diketahui sebagai syirik.
  • Di Terengganu , tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan. Nyanyian lagi Ulik Mayang yang merdu beserta tarian ringkas , dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.
  • Di banyak tempat, bomoh boleh 'menyelap' atau 'menurun' hingga boleh bertutur bahasa asing. Contohnya bahasa Siam, bahasa Jawa, bahasa Jerman dan bahasa Inggeris. Pendengar akan kehairanan kerana bagaimana jin boleh berbahasa asing walaupun sepatah dua sahaja. entah betul entah tidak bomoh tersebut berbahasa Inggeris.
  • Kualiti bomoh semakin meningkat jika berasal dari Orang Asli , orang Siam atau orang Jawa. Ilmu orang Asli tentang menghalau hantu dan memanggil hantu dipercayai lebih mujarab dan sangat ditakuti.

Menurut cara perubatan Islam

  • Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti ustaz, Imam, lebai, pak aji atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini dengan bacaan al Quran. Mereka yang sakit biasanya akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi memulihkan semangat, dan biasanya dimandikan / disuruh mandi dengan air campuran limau bagi menyegar badan. Selain itu air yang dibacakan bacaan al Quran diberi munum bagi memulih/penguat semangat pesakit. Ini sama seperti mereka yang berfikiran moden berjumpa dengan pakar motivasi bagi meringankan fikiran daripada masaalah yang dihadapi.
  • Bagi orang Melayu, hantu boleh dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci. Oleh itu, orang Melayu menyimpan al Quran di rumah. Selain itu ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya. Perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, kerana Al Quran adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan.
posted by MaMan at 7:41 PM   0 commnets

Hantu Bungkus aka Pocong




Kalian sedia maklumkan dengan hantu bungkus atau dikenali dengan pocong? Kalian mesti tidak percaya yang aku pernah bertembung dengan hantu ni ketika aku berusia dua tahun kan? Ini berlaku tidak lama selepas aku 'dibawa' keluar rumah dan 'bermain' di perdu pokok pisang.

Pada suatu malam, mama baru pulang dari kerja di RTM. Waktu itu mama bertugas sebagai juruacara atau tv announcer syif malam. Pada tahun 1977, RTM hanya bersiaran hingga jam 12 malam sahaja. kata mama waktu tu jam 1 pagi dan dia baru sahaja membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Papa bekerja sebagai Pembantu Pengurus di Hotel Jayapuri, sekarang PJ Hilton. Dan dia kerja syif malam jadi di rumah ketika itu mama, aku, Nelisa dan pembantu rumah.

Mama hairan kerana terdengar aku berkekek kat bawah. Padahal masa dia pulang tadi aku sedang tidur di sebelah pembantu rumah di dalam biliknya di bawah. Mama ingat selepas mandi nak bawa aku ke atas. Dia pun menjenguk dari landing tangga.

Terkejut tak kepalang mama apabila mendapati ada makhluk menyerupai orang yang sudah dikafankan sedang membongkok ke arah aku di ruang tamu. Lebih menakutkan lagi, mama kata keadaan kain kafannya seakan-akan dia baru sahaja dikebumikan kerana tanah masih basah dan kainnya kelihatan masih baru.

Apalagi, mama pun membacalah apa jua ayat yang dia ingat waktu itu sambil berlari ke arah aku. Mama kata elok dia nak sampai ke aku, makhluk itu pun hilang. Selepas insiden itu, mama memagar rumah dan ada beberapa kali mama melihat kelibat entiti tersebut di sekitar rumah. Seringkali di pagar depan. Kalau mama baik lewat, Paksu dan maksu (mereka baru kahwin dan menumpang di rumah kami selepas itu) akan menunggu kepulangan mama.

Maksu aku sendiri ketika mengandungkan Ida, sepupuku, pernah terlihat kelibat pocong ni di pagar belakang rumah. Rasanya sekali itu ajelah aku pernah jumpa pocong ni. Rasanya dalam banyak-banyak makhluk halus, poconglah agak bermisteri.

Dari Wikipedia
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. anda boleh berlari zig-zag..kerana hantu bungkus hanya bergerak lurus..
posted by MaMan at 7:13 PM   0 commnets

Monday, October 6, 2008

Pengalaman Pertama


Sebagai mukadimah, aku kongsikan dahulu apa yang aku boleh katakan pengalaman pertama aku. Ini pun diceritakan oleh mama kepada aku. Ceritanya begini...

Ketika itu aku berusia dalam dua tahun. Mama dalam pantang selepas melahirkan adik aku, Nelisa. Mama ceritakan padaku, pada suatu malam selepas menyusukan Nellie, hatinya tergerak untuk melihat keadaan aku di dalam bilik. Maklumlah, dah tengah malam, mak mana tak tergerak hendak melihat anaknya yang sedang tidur.

Sebenarnya mama berasa tidak sedap hati. Ketika itu mama dan papa menyewa di sebuah rumah di SS2 Petaling Jaya. Rumah corner lot kata mama. Mama dari dulu sampai sekarang suka rumah penjuru kerana ada tanah luas. Balik kepada cerita aku. Mama berasa tidak sedap hati lalu masuk ke bilik.

Alanglah terkejutnya mama apabila aku tiada di dalam bilik. Puas dia mencari aku di setiap penjuru tingkat atas. Mama pun memanggil pembantu rumah menyuruh dia sama mencari aku. Mereka kini mencari aku di tingkat bawah. Sampai ke dalam stor mereka mencari aku.

Apabila mencari di dapur, meremang bulu tengkuk mama apabila mendengar suara aku terkekeh di belakang rumah. Mama cakap gelak aku itu seperti aku diagah seseorang. Mama memasang lampu belakang dan mengintai luar dapur. Alangkah terkejutnya mama apabila mendapati aku sedang duduk bersila di bawah perdu pokok pisang dan terkekek ketawa kegembiraan.

Mama terus membuka pintu dapur dan membawa aku masuk. Mama kehairanan bagaimana aku boleh keluar rumah sedangkan ke semua pintu berkunci rapat. Sehingga kini kalau aku tanya mama, mama masih belum dapat kepastian bagaimana aku boleh keluar dan siapa yang membawa aku keluar.

Nanti aku sambungkan cerita pengalaman aku yang kedua, di dalam ruang tamu rumah aku pula!
posted by MaMan at 6:45 PM   0 commnets

Pengalaman "Berhantu"

Ada satu ketika, aku mempunyai tapak untuk berkongsi pengalaman aku dengan alam ghaib. Alam ghaib ini satu perkara subjektif kerana berlainan orang lain pandangan dan pendapat mereka. Macam aku pula, aku mempunyai 'kelebihan' untuk merasa kehadiran mereka, melihat kelibat mereka dan juga kadang-kadang berkomunikasi dengan mereka.

Bak kata Peter Parker dalam Spiderman, "I dont't know if it's a gift or a curse!", aku sendiri pun tak pasti sama ada ianya satu kelebihan. Yang pasti, aku dan alam ghaib ni macam tak boleh dipisahkan.

Nanti bila berkesempatan, aku akan cerita sedikit demi sedikit pengalaman aku dengan alam ghaib ni. Ini pun atas permintaan kawan-kawan yang mahukan aku meneruskan hobi aku merisik benda-benda halus ni, jadi kalian tunggulah aku kemaskinikan dari semasa ke semasa ye?
posted by MaMan at 5:26 PM   0 commnets