Tuesday, October 7, 2008

Hantu Raya

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu ini bukannya dan tiada kena mengena dengan mana-mana perayaan atau Hari Raya.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

  • Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
  • Ia boleh menjelma sebagai manusia.
  • Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
  • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
  • Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
  • Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
  • Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.
posted by MaMan at 8:54 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home